Showing posts with label vitamin B. Show all posts
Showing posts with label vitamin B. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

Shaklee untuk orang kaya sahaja

Wahh tajuk tak menahan! betul ke gitu?

sebenarnya saya selalu dapat jawapan gini.. bila orang minta bantuan kita, kita suggest itu ini,  pastu dia akan reply,
   "ala.. shaklee untuk orang kaya je "

hehhe sejauh mana kah benarnya itu?

macam set kesihatan optimum..
kira set paling basic dalam shaklee. untuk semua golongan
sama ada yang ada masalah kesihatan atau hanya nak mengekal kan kesihatan dengan nutrisi lengkap..



ok kita mulakan dengan Vitalea
Harga sebotol Vitalea adalah RM88.75
sebotol ada 120 biji. untuk kegunaan 4 bulan
Sehari: RM0.74 sen
Sebulan RM22.20


Vitamin B complex
Harga sebotol B Complex adalah RM53.75
sebotol ada 120 biji. untuk kegunaan 4 bulan
Sehari: RM0.45 sen
Sebulan RM13.50


Vitamin C Sustain Release
Harga sebotol Vitamin C adalah RM92.50
sebotol ada 180 biji. untuk kegunaan 6 bulan
Sehari: RM0.51 sen
Sebulan RM15.30



Hmm kat mana nye mahal nye.. hehhee secara keseluruhan sehari hanya RM1.70 sehari dan RM51 sebulan. Murah ke Murah? 

hehehe.. dari yang kita pergi beratur di klinik setiap bulan , yang ada panel untung la.. yang tak ada, rm80-rm120 sebulan. huuuuu..

tapi terpulang la pada kata anda. saya pon dulu selalu kata. ala shaklee ni overprice!

well bila dah amalkan.. dan jadi ahli, harga shaklee ni jimat up to 20% ok..

ha. sungguh.. jadi ahli lagi jimat berganda.

pilih atau pilih?

terpulang kat anda.

saya sentiasa akan tolong jawab jika ada persoalan.

diera yang suka jimat!
019 33 33 806

Wednesday, July 29, 2015

B complex Shaklee

Perbezaan B-Complex SHAKLEE

*Asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

*B-complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% Biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh.
*Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya akan disingkirkan melalui sistem pencernaan.

~BAGAIMANA MEMILIH B-COMPLEX YANG BAIK~
* Mengandungi kesemua 8 vitamin- B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dlam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
* Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
* Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
* Elakkan pengambilan B-complex yang menawarkan rumusan larut air (sustain-release)


Thursday, December 4, 2014

Mak Garang!

mak korang garang tak?
mak kita tak garang pon. heheheh selalu cover kita kalo buat salah.
pastu dia yang selalu kene marah dengan abah. kesian mak..

tapi sekarang sejak ada anak.. (dua plak tu)
saya serius garang! tapi tak de lah setiap detik pon nak marah kan. sebab bila saya baca suratkhabar, or kat internet memang seram dengan zaman sekarang! kalau dulu mak abah jeling or buat buat amik rotan sudah tentu i rasa mcm nak terkucil dah.

now.. i jeling sikit lagi nak juling dah. bebudak ni buat dekkk je. heheheh. dapat lagi anak saya ni memang mengamalkan omega dan mealshake. sangat lah suka nak mencuba pelbagai perkara baru. nak explore dan nak tahu. pastu kat tv plak kartun macam macam. sume dia nak cuba.

sejauh mana kegarangan kita bole bagi kesan? kekadang saya takut juga. terlebih marah nanti trauma seumur hidup. terkurang marah nanti pijak kepala. so sy amik jalan mudah. marah dan tegur seadanya. cuba jadi contoh baik. insyaAllah. dan yang paling penting sentiasa amalkan doa pelembut hati.
waktu masak pon saya cuba amalkan baca ya Latif.

tambahan lagi.. saya memang mengamalkan pengambilan vitamin b yg konsisten untuk membantu mengurangkan stress. insyaAllah kalau betul kita amalkan pasti berjaya!

tak mau lah jadi mak yg garang sangat smpi anak simpan dendam kan! insyaAllah sesama la kita saling ingat mengingati!

Tuesday, November 18, 2014

insomnia part 2





masih mengira biri biri ke? hehehhe dr kecik saya tak tahu pon pasal cerita orang kira biri biri nak tidor.. hehehe masa tgk cerita omputih baru tahu.. hahaha

tapi ni sambungan kisah Insomnia..

saya ada janji nak cerita bahagian shaklee kan.
kita ada set cadangan untuk mereka yang insomnia.


ok saya berharap ni dapat menolong anda.
kami mencadangkan, ESP , BCOMPLEX dan OSTEMETRIX

ESP
seperti yang kita tahu ESP kaya dengan protein. InsyaAllah boleh menjadi sumber tenaga.
ESP juga bole membantu mereka yang sukar tidur.

Bcomplex
Kandungan vitamin B yang lengkap boleh mengelakan kemurungan, sakit kepala, meredakan moody.

Ostemetrix
membantu merehatkan saraf. dengan pengambilan konsisten setiap malam. saya yakin tiap kali kita bangun badan akan rasa lebih segar. InsyaAllah!

ada yang kata..
payah la nak minum esp! sebab tak bole minum susu soya..
kita ada banyak resepi dengan esp. insyaAllah!

well.. kita hanya cadangkan . kalo tak cuba memang tak tahu keberkesanan nya.

insyaAllah.



Thursday, November 6, 2014

Mood Booster



Selamat Pagi! ada yang mengalami moral down pepagi?
heheh selalu je n its normal thing.. tapi kalo selalu sangat... sebenarnya kita menyebarkan aura negativ pada orang lain.

so hari ni sy nak share sikit hasil bacaan saya di sini.


Natural Mood Booster

NUTRITION

1. Cut caffeine (coffee, sodas, energy drinks). The adrenaline from caffeine will effect your moods. If you're stressed or feeling low, this can have drastic effects. 

2. Cut processed and packaged foods. They are inflammatory in the body, which will inevitably have a negative effect on your moods, not to mention some devastating long-term health effects. 

3. Cut artificial sweeteners. Evidence shows that aspartame is linked to mood disorders.

4. Add a portion of protein, good fats, and complex carbohydrates to your plate. These macronutrients help to keep our blood sugar levels stable. When our blood sugar levels drop, so does our mood! Good fats and complex carbs also help to make hormones and neurotransmitters in the body that help make you feel good- serotonin!

5. Reduce alcohol intake. Alcohol is associated with mood disorders. Oh yes it is!

6. Cleanse. When our gut and liver are clogged from excess drinking, sugar, and an overall toxic load, our body struggles to make the feel-good hormones such as serotonin. Serotonin is actually made in the gut. So reduce your toxic load and give your body a break from the nasty chemicals with a seasonal cleanse.

7. Drink more water! Dehydration can cause fatigue and agitation.

LIFESTYLE

8. Exercise is a natural mood lifter! Move your body in your favorite ways!

9. Schedule some downtime. When we're stressed and overwhelmed, our moods tend to be low. Dedicate a few minutes a day to you and REST. This will really lift you up!

10. Sleep 8 hours. Sleep = repair. When we feel rested, we're happier people.

11. Acupuncture has been used to treat mood disorder. This may help!

12. Forgive. It's not for the other person, forgiveness will benefit YOU!

13. Gratitude. Write down 5 things you're grateful for everyday. When we remember what we DO have rather than what we don’t have, we instantly feel better.

14. Laugh more! Yes there is science behind this. Laughing is the easiest way to feel good.

SUPPLEMENTS 

15. Go for the B! Research shows these Bs—folate, B6, and B12—can assist with mood.

16. Vitamin D. Low vitamin D is correlated with depression. Most of the population is deficient in this essential micronutrient. All you need is15 minutes a day of sunshine or supplement with Vitamin D (200 iu). For tips on how to shop for healthy supplements, . 

17. Fish oil. Opt for 2 to 3g a day

18. Get your daily probiotic. This will ensure healthy gut flora. 

19. Go the herbal route! Consider SAMEe/Rhodiola. With assistance from your naturopath, these can have mood elevating effects.

Kesimpulan nya..
kalo dalam shaklee kami biasa boost dengan our HAPPY PILLS..
InsyaAllah boleh membantu kita!
jom dengan lebih konsisten dan teratur


Sunday, November 2, 2014

Ouch! jerawat!

selamat hujung minggu semua!

huuu arini nak share cerita pasal jerawat!

dr pembacaan sy kedudukan jerawat boleh ditafsirkan dengan masalah berikut..
tapi sy tak jumpa study or jurnal yg sohih berkenaan ini..

Jerawat kat DAHI
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor

p/s: saya sendiri pon bila 'bulan' purnama nak muncul memang kekadang meriah gak ngan jerawat! tapi sy buat begini..

amik sebiji vitamin e.. cucuk hujung nya.. dan keluarkan cecair didalam.. buat masker di muka!

hehehhe sy buat bila nak tido.so smpi pagi laaa. bila bangun korang tak rasa dag jerawat tu membengkak! cuba buat dua tiga hari! bukan tu je.. kulit pon rasa lebih halus.

Sunday, September 28, 2014

Happy Pills

Salam Hujung minggu..

adeh serius busy amat amat lately ni.. Tapi alhamdullilah.. dapat tangani dengan baik dan tersusun InsyaAllah..

pernah tak korang rasa depressed ke stress yang teramat amat..
dulu saya selalu gak macam tu.. emosi tak stabil.. bukan waktu period ja,, almost sepanjang masa,.. tak kan tiap hari plak period kan.. kesian ke rakan sepejabat, dan paling kejam.. kesian ke suami dan anak anak.. asik nak merajuk dan marah je kan..

saya dah temui solution untuk masalah berkenaan.
nak tahu apa?
banyak kan Istighfar!!

disamping dengan itu.. saya juga amalkan mengambil sekurang kurang nya sebiji sehari vitamin B COMPLEX. korang tahu tak B complex ni sangat membantu.. Salah satu agen penenang terbaik..
sebab tu B Complex ada dalam cadangan kebanyakan list kami..

sebab bila kita stress apa pun tak jadi.. ehhehe penyerapan vitamin pon tak cantik flow nya..
betul.. percaya lah..

tahu tak siapa yang amat DIGALAKAN mengambil B COMPLEX ni..

  • Ibu Mengandung
  • Ibu Menyusu
  • Ibu Berpantang
  • Pelajar (terutamanya yang tahun EXAM)
  • En Suami yang sibuk mencari rezeki 
  • **Orang yang tak nak buat dosa keorang lain dan tak nak bg org lain berdosa juga..

hehhehe yang ** tu maksudnya ye lah asik bad mood nye nanti tanpa sedar kita telah mengasari orang lain dan kita berdosa kat dia.. paling buruk bila org tu plak berjangkit dan bergaduh dan mengumpat kita... MasyaAllah...



So, jom! sebiji je sehari.. ataupun boleh dapat kan dosage cadangan dari saya,
InsyaAllah, rahsia anda tersimpan rapi bersama saya.

berminat nak mencuba Bcomplex?
hubungi saya..


Monday, September 9, 2013

Kencing Emas!!

Hahahaha.. seorang pengguna B COMPLEX memberitahu saya.. "sejak makan b complex ni, bila buang air kecil rasa mcm orang kaya! sebab warnanya pekat seperti emas!!, tapi elok kah warna kencing begitu?"

heheh jawapan saya mudah saja..  "sepanjang hari ka atau sekali dua sahaja? kalo sepanjang hari maksudnya awak kurang minum air.. kalo sekali dua itu memang ia akan berlaku sebab pengambilan b complex"


kenal tak apa maksud bahan buangan kecil korang tu? heheheh n kenapa dengan pengambilan b complex, warna urin akan jadi emas?

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Warna kuning pada vitamin B Complex ialah disebabkan vitamin B2 atau digelar Riboflavin. Berikut, definisi yang di petik dari Wikipedia

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut. Jadi, anda tak perlu risau lagi ye jika anda lihat urin tiba- tiba bertukar menjadi kuning...Apa yang anda perlu lakukan hanyalah minum air kosong dengan lebih banyak 

The name "riboflavin" comes from "ribose" (the sugar whose reduced form, ribitol, forms part of its structure) and "flavin", the ring-moiety which imparts the yellow color to the oxidized molecule (from Latin flavus, "yellow"). The reduced form, which occurs in metabolism along with the oxidized form, is colorless.*

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Riboflavin

Memandangkan Vitamin B Complex ialah vitamin larut air, molekul yang berlebihan dan tidak diperlukan akan disalur keluar melalui air kencing. Jika kekurangan air, urine anda akan kelihatan kuning pekat disebabkan riboflavin tadi. Jadi, selepas mengambil B Complex, pastikan pengambilan air kosong yang banyak. InsyaAllah, warna urine akan menjadi normal kembali.


Thursday, July 11, 2013

supplement ibu mengandung

Alhamdullilah.. akhir akhir ni ramai kawan kawan mendapat berita gembira tentang kehamilan mereka.. seronok saya dengar.. saya pula? hahaha tunggu la dulu.. Aisyah pon kecil lagi baru nak masuk 9 bulan. hehehhe mungkin 2 tahun lagi? heee tapi rezeki Allah siapa tahu. :D

ada juga kawan yang bertanya saya apa produk shaklee yg boleh mereka makan sewktu mengandung? apa kebaikan nya? saya akan berkongsi tentang produk shaklee untuk TRIMESTER 1 dulu. :D

  1. Vitamin B Complex
  2. Vitamin C
  3. Vitalea with Iron Formula
  4. Ostematrix

Vitamin B Complex

- B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Sustained Release Vitamin C
 - Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vitalea with Iron Formula

 - Vita-Lea adalah multivitamin. Jadi ibu tidak perlu mengambil Obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah Anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung. Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Mengandungi iron formula yang membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.

Ostematrix

 - Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji Ostematrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Bagi sesetengah ibu hamil, ia mampu melawaskan sistem pencernaan dan boleh mngurangkan morning sickness.


Hmm macam mana? Banyak sangat? Budget?
Jangan Risau,hubungi saya , InsyaAllah korang akan lebih gembira dengan harga istimewa dari saya. 

nak juga?
email: diera_n@yahoo.com
sms/whatsapp/wechat:0193333806
shaklee distributor id 889162