Showing posts with label set kurus. Show all posts
Showing posts with label set kurus. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

vitamin kegemaran saya!

selamat malam!
secara personal sy suka semu vitamin shaklee!
kalo disuruh pilih mana yang best.. sy tak tahu nak pilih yg mana! semua nya sy nak! memang hebat hebat belaka!
tapi untuk kita sync kan cerita sy sepanjang hari ini.. saya pilih untuk share set Bakar Buang Bina..
adalah sgt beruntung jika ibu yg lepas bersalin dapat kembalikan bentuk badan asal secepat mungkin! sy pula dah dua tahun usia anak saya! (anak kedua) tapi masih tak berjaya ke bentuk asal. (50 kg).
padahal makan shaklee kan!  tapi sy tetap rasa bersyukur.. sebab badan saya tak bertambah mengembang! sebab lepas bersalin anak pertama.. badan sy makin kembang dan berkembang sehingga mencecah 85kg!
sehingga la sy mengandung anak kedua.. lepas bersalin sy br kenal shaklee.. oh masa mengandung tu berat sy hampir 100kg. dengan ketinggian 153cm! gila tak berat?
masa tu sy dah sgt risau.. adakah berat sy akan jadi lebih dr 85kg lepas bersalin nanti?
tapi syukur sy dipertemukan dengan shaklee.
dengan amalkan lebih konsisten.. berat sy tak pergi jauh dalam lingkungan 65-70kg.
still berat! tapi tak la mengembang semangkuk. dan baru bulan ni sy mula xcercise! harap lebih membantu untuk turunkan berat badan! yg penting kita fit!
so target saya dengan bersenam dan jaga intake pemakanan. sehingga hujung tahun ni sy akan mencapai 60kg! boleh ke?
mesti lah bole!
i will update korang dr masa ke semasa!
tiada produk lain.. hanya shaklee dan jaga intake pemakanan! insyaAllah.

Monday, June 2, 2014

kurus dengan teh :D

betul ke kita boleh kurus dengan teh?

tak juga.. hahah kalo asik minum teh tarik.. obesiti sahaja dapat..
ada bermacam jenis tea di pasaran.
ada yang jenis bila minum akan lebih melawaskan pembuangan.. tapi paling teruk kadang kadang akan mengakibatkan kita cirit birit.

saya suka teh yang boleh membuatkan kita rasa mcm tak perlu nak mengunyah ngunyah lagi..
heheehhe dan paling best meningkatkan kadar metabolisma.
ada orang kata bole je minum green tea.
 green tea pon ada bnyk jenis dipasaran.

macam mana nak pilih?
bagi saya, sy tak akan pilih sebarang tea lagi dah.
hmm bnyk tahun sy berkenalan dengan dunia brg brgan ini , bnyk info sy dapat.
yang paling penting tentang isu kesegaran, kebersihan sesuatu produk..
ada yang kata.. ala beli je dr kedai senseh.. bnyk jenis grean tea ada,
err.. bersih ka? penyimpanan mereka ok ka? waktu pengeringan teh tu terjamin ka ?

teh pilihan saya, CINCH ENERGY TEA MIX

kenapa saya pilih yang ini?
**confirm tiada cirit birit
**diyakini kebersihan nya
**tiada insomnia
**tiada masalah jantung berdebar
**bersih, mudah dibawa kemana sahaja





CINCH ENERGY TEA MIX ni sangat senang untuk dibancuh..
hanya koyak kan sache, dibancuh bersama air panas or air batu..
rasanya yang sngt hebat dan menyegarkan.




macam mana plak nak kaitkan tea dan kurus? heee.. sebenarnya bila kita minum cinch tea ni, metabolisma kita akan bertambah. jika kita melakukan sebarang aktiviti, INSYAALLAH peluh yang keluar, anda sendiri kagum!

waktu bila sy minum?
sy selalu minum satu sachet lepas magrib.. pastu biasanya lepas isyak sy akan berlari 1-3km sehari..
peluh dia? MasyaAllah.. masuk masuk mata dan baju lencun!InsyaAllah jika kita konsisten, pasti akan nampak perubahan dalam masa 2 minggu. kalo tak berlari pon buat kerja dapo pon bole.. mana tahu yang rajin tu mengemop umah ke, cuci bilik air ka...

suka saya ingatkan ni bukan produk ajaib. ko minum pastu esok pagi blink ko kurus!
sy tak percaya terhadap iklan yg kata, TAK PERLU BERLAPAR TAK PERLU BERSENAM ANDA DIJAMIN KURUS.
Ingat ye kawan kawan, nak diet bukan bererti tak makan. tapi MAKAN SECARA BERHEMAH DAN AMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG..
bersenam juga BOLEH MEMBANTU untuk menurunkan berat badan..



berminat nak cuba?
bole cari
DIERA
0193333806

Wednesday, September 11, 2013

bakar! buang! bina!

Weight Management Set




*untuk cadangan mengikut budget anda, bole hubungi saya, insyaAllah saya akan bantu 0193333806


3 Langkah untuk Menurunkan Berat Badan dengan Shaklee


LANGKAH PERTAMA : DETOX

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.


LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.


LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN

Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu,