Tuesday, February 11, 2014

Success Story -Sharing


 Sebagai manusia kita sentiasa ada impiankan..
impian untuk maju..
impian untuk bahagia..
impian untuk Kaya..

tapi apa yang kita lakukan demi mencapai IMPIAN kita tu?
hanya duduk dan tunggu.. 
"InsyaAllah satu hari IMPIAN aku tercapai"
Bole ke? Kalau kita tak berusaha untuk capai IMPIAN tersebut?

                                        

hari ni saya nak kongsi satu kisah.
kisah ni sy dengar masa dalam kelas shaklee. tapi masa tu dalam grouping, hanya cerita dr mulut ke mulut. tapi bila sy google, sy dapat kisah penuh ni dr blog Master MF.  
Tuan punya badan telah buat perkongsian dalam team mereka.
walau kami bukan satu group. tapi kisah ini bole diambil iktibar dan untuk menambah semangat.
serius.. everytime saya rasa sy dah tak tahu nak buat apa, ni salah satu bacaan saya yang akan buat saya berfikir semula..


Ayu berasal dari sebuah kawasan pedalaman di Sarawak. Ayu berusia 24 tahun. Beliau bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi. Pelajaran pun setakat Tingkatan 5 sahaja. Beliau berhenti belajar bukan sebab tak pandai, tapi disebabkan jodohnya datang awal.
Selepas kahwin beliau menjadi suri rumah sepenuh masa. Masa mula mula kahwin, mereka hidup susah. Husband beliau pun pada waktu itu kerja biasa biasa sahaja. Alhamdulillah, setelah berhempas pulas akhirnya suami Ayu diterima masuk untuk sambung belajar di UPSI bagi menjadi seorang guru.

Di kampung halaman, Ayu hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Beliau mengandung. Ditakdirkan Allah, beliau mendapatkan produk Set Bersalin Shaklee daripada Kak Ira. Beliau kenal Kak Ira pun hanya melalui internet sahaja. Langsung tidak pernah berjumpa.

Di sinilah beliau mula membaca kisah Kak Ira yang menjalankan perniagaan Shaklee. Beliau menyatakan minat kepada Kak Ira untuk cuba buat bisnes Shaklee.

"Kak Ira, saya nak buat bisnes Shaklee la. Saya dah guna set bersalin dan menyusu, saya rasa sangat berkesan. Kalau saya nak jadi agen Shaklee macam akak, boleh tak?" Ayu bertanya kepada Kak Ira.
"Kalau nak join Shaklee boleh, pendaftaran berharga RM65. Atau Ayu boleh beli barang berharga RM650, nanti Ayu dapat free membership" Kak Ira membalas.
"Kak, saya tak ada duit sekarang ni. Macam mana saya nak buat bisnes Shaklee ni?" Ayu memaklumkan kepada Kak Ira dalam kesedihan.
Melihat keadaan ini, Kak Ira membantu untuk memudahkan Ayu menjalankan perniagaan Shaklee ini. Kak Ira minta Ayu mencari pelanggan produk Shaklee bernilai RM650 terlebih dahulu. Kemudian, Ayu akan mendapat free membership. Kiranya, Ayu akan memulakan perniagaan tanpa sebarang modal. Guna modal orang lain sahaja.

Di sinilah segalanya bermula. Ayu sangat susah pada waktu itu. Beliau tidak ada laptop sendiri. Di rumah, Ayu terpaksa berebut laptop dengan suaminya. Suaminya pula sibuk dengan tugasan dan asignment sebagai seorang guru.

Nak ditambah cerita, internet pun mereka tak ada di rumah. So, ada kalanya mereka 'tumpang-tumpang' wifi dari sekolah yang terletak bersebelah dengan rumah mereka.

Ayu mula menjalankan perniagaan Shaklee menggunakan Facebook.

Ayu terpaksa create account FB  yang baru sebab beliau malu. Malu kepada ahli keluarga dan kawan kawan yang memandang rendah kepada beliau kerana tidak menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Beliau malu kalau saudara maranya tahu beliau dah buat bisnes.

Dari bawah beliau bermula. Tanpa mengenal erti jemu. Beliau memberikan segalanya untuk memperkembagnkan bisnesnya.

Ada kalanya, akibat wifi di sekolah di tutup, beliau terpaksa pergi ke cyber cafe di kampungnya. 2 jam sekali beliau akan ke cyber cafe. 2 jam sekali beliau akan ke cyber cafe. Anaknya yang masih kecil ditinggalkan kepada ibunya di rumah. Ayu ke CC sebab nak update status Facebook. Ayu ke CC sebab mengharapkan ada sorang dua customer yang PM nak order barang daripada beliau.

Jika ada rezeki hari itu, adalah. Jika tidak, Ayu perlu menunggu pada hari esok pula.

Semua ini terpaksa dilakukan bagi memulakan bisnes Shaklee. Allahuakbar. Sampai begitu sekali Ayu sanggup buat untuk mengubah kehidupan.

Pada Peringkat Awal Menjalankan Perniagan
Semasa memulakan bisnes Shaklee ini, Ayu tanya Kak Ira, "Kak, bulan ni Ayu nak bonus RM100 sahaja. Apa yang Ayu nak kena buat?"

Kak Ira berkongsi apa yang perlu dilakukan untuk nak dapat bonus RM100.

Pulun punya pulun, bulan pertama Ayu dapat bonus dari Shaklee sebanyak RM100. Kak Ira share dengan Ayu yang Kak Ira pada waktu tu dapat bonus RM1600. Mengalir air mata Ayu.

Seumur hidup Ayu, itulah kali pertama beliau merasai duit hasil titik peluhnya sendiri. Perjuangan selama sebulan tetapi hanya memperoleh RM100 cukup memberi erti yang besar kepada Ayu.

RM100 mungkin kelihatan kecil buat kita. Tapi amat besar nilainya buat orang susah seperti Ayu.

Duit bonus bulan pertama Ayu belanja suami dan emaknya.

Semasa beliau berkongsi, air mata beliau mengalir. Air mata saya pun berlinangan. Ayu sangat bersyukur pada waktu itu. Beliau bersyukur dengan RM100 yang Allah berikan itu.

Sebelum itu ibu Ayu selalu sindir Ayu di rumah, "Tu la, dulu mak suruh sambung belajar tak nak. Kan dah susah sekarang."

Keadaan bertambah parah bila Ayu duduk di rumah dan selalu pula berfacebook. Sebenarnya, emaknya tak faham melalui Facebook itulah Ayu buat bisnes Shaklee.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan kini sudah lebih setahun Ayu berjuang dalam bisnes Shaklee. Kehidupan beliau sekarang dah berubah.

Sekarang ibu Ayu sangat bangga dengan Ayu. Jika dulu bila orang tanya Ayu buat apa, ibu Ayu malu. Malu kerana Ayu hanya duduk di rumah sahaja.

Sekarang ibu Ayu dengan bangganya cakap, "Ayu sekarang duduk rumah saja. Tapi Ayu buat bisnes online."

Alhamdulillah, sekarang Ayu sudah memperoleh pendapatan 5 angka sebulan. Dah berbelas ribu Ayu dapat sebulan. Ya, inilah perjuangan dalam mengubah kehidupan.

Semuanya hanya melalui bisnes Shaklee secara online menggunakan Facebook sahaja.

Kisah Ayu sangat memberi motivasi dan inspirasi kepada saya. Dan memberi inspirasi kepada semua yang mendengarnya.

Ayu menasihatkan kami semua untuk banyak bersabar. Teruskan berusaha dan jangan berhenti. Susah macam mana pun, teruskan juga. Kesusahan yang orang lain hadapi tak sesusah kesusahan yang Ayu hadapi.

Insya Allah, Ayu sekarang dalam proses mencipta rekod dalam Shaklee sebagai Master Coordinator termuda. Insya Allah, pada usia muda sekarang, saya rasa Ayu tak jauh dari mencapai apa yang beliau impikan.

Pada waktu itu, insya Allah pendapatan beliau sekitar RM30k-RM50k sebulan.

Kami yang mendengar perkongsian Ayu semuanya tersentap. Apa lagi alasan yang hendak kami berikan. Kami semua mempunyai laptop sendiri. Di rumah ada internet. Di telefon ada internet. Semuanya dah tersedia.

Yang membezakan Ayu dan orang lain adalah semangat kental dalam diri Ayu yang tidak pernah berputus asa.

Saya rasa, kalimah penutup Ayu yang menyentapkan kami semua. "Kejayaan itu tak semestinya semata mata sebab ada sijil"

Yes, tersangat betul. semua orang boleh berjaya kalau kita memilih untuk berjaya. Kalau Ayu, seorang yang tinggal di kawasan pedalaman Sarawak mampu melakukannya, apa lagi alasan kami untuk tidak berjaya sepertinya.

Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada kita bahawa, "Untuk berjaya, kita mesti rajin berusaha. Berikan 100% komitmen. Insya Allah, pasti berjaya."





Bagi saya tiada apa pun yang MUSTAHIL
apa jua latar belakang kita, dari mana asal kita, kalau kita punyai IMPIAN dan KEINGINAN
pasti kita akan BERJAYA

jikalau anda berminat bersama kami #PRIDE  hubungi saya
INSYAALLAH saya akan berkongsi ILMU dan TIPS
setakat hari ni 11/2/2014
 Mami Damia Aisyah: SENIOR COORDINATOR to be (Current COORDINATOR)
2 SENIOR SUPERVISOR
3 SUPERVISOR
InsyaAllah akan banyak lagi Leader akan sy bentuk dan sy sendiri pon sedang berjuang untuk pendapatan 5 ANGKA..


anda mencipta IMPIAN, SHAKLEE memberi PELUANG, saya tunjukkan JALAN.

sayang,
MAMI DAMIA AISYAH
SENIOR COORDINATOR to be INSYAALLAH
019 3333 806

Thursday, February 6, 2014

masalah kandungan- HB LOW


Biasa kita dengar ibu ibu mengandung mengalami masalah HB LOW masa kandungan mereka..
dua dua kali saya mengandung pon punyai masalah yang sama,. sentiasa merah sahaja di buku,..
sampai menyampah nak pegi check up.. nak pergi jumpa doctor.. 
penat makan itu ,makan ini.. haaahaha tambahan pula sy ni jenis tak makan sayur..
ruginya masa tu tak kenal shaklee...

tapi kita kene tahu,, apakah punca hb rendah masa mengandung.. di sini saya kongsikan antara sebanya k.

  • Peningkatan dalam isipadu darah
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  • Penurunan kadar HB normal
  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet
  • Kekurangan asid folat
  • Pendarahan gastrointestinal
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir
 
 
Bahaya HB rendah pada ibu hamil

Selain anemia, risiko HB rendah pada ibu hamil adalah :
  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkit
 
 
Bahaya HB rendah pada bayi dalam kandungan
 
  • Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir (Asphyxia)
  • Mati ketika dilahirkan (stillbirth)
 
 
Cara meningkatkan HB untuk ibu-ibu hamil

  • Ambil makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti
  •  Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping
  •  Daging ayam: bahagian dada
  • Kerang: 20 biji
  • Ikan bilis 

 
 Apa shaklee boleh bantu?
Ianya dikatakan killer product of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel.

Dikatakan 2 biji Vitalea bersamaan dengan 40 jenis lauk. Bermaksud, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 biji Vitalea ianya sama lah dengan hidangan 40 jenis lauk pauk.

Ada sesetengah doktor mengeluarkan kenyataan bahawa pengambilan multivitamin sahaja sudah mencukupi bagi mereka yang sihat. Namun pada saya jujurnya, keperluan vitamin B-Complex dan vitamin C hari ini sangat penting seiring dengan pengambilan Vitalea.

Asasnya, semua masalah kesihatan memerlukan Vitalea. Ini kerana di dalamnya yang mengandungi 12 vitamin dan 7 galianutama banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.

Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pengambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan iron oleh si ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.

Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala? Hakikatnya ibu-ibu ini kekurangan zat besi/iron dalam pengambilan diet harian mereka.

Iron banyak terdapat dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak kekangan sekiranya kita hendak bergantung dengan sumber asli semata-mata.

Apakah kekangan yang dimaksudkan? Harga kerang mahupun tiram lebih adalah mahal di sesetengah tempat, sumbernya juga terhad. Kelebihan bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan perairan.

Bukan semua orang makan makanan laut. Ianya menjadi terhad kepada mereka yang alergik kepada makanan laut. Kekangan ini membuatkan kita disaranankan menambah supplemen dalam diet harian agar semua zat yang perlu diambil dapat disempurnakan.
 
credit: kamikamuvitamin.blogspot


 
ada orang mengatakan MAHAL lah shaklee ni..
iya ke? jom kita kira
 
satu botol vitalea ada 120biji. rm88.75
satu botol boleh tahan 4 bulan- 1 hari sebiji
satu biji baru  75sen

TAPI

Bulan Febuari ada special price untuk VITALEA!
dapatkan harga tak percaya dari saya!
apakah serendah 60sen?
atau murah lagi?

019 3333 806
fb: mami damia  N aisyah



 

lets do it


Wednesday, February 5, 2014

bersejuk di Janda Baik

haaa,, arini kita cerita lain dr shaklee, yelah blog saya kan.. hahah lagipon dahlama tak cerita pasal family.. anak pon dah makin besar. Alhamdullilah..

hehhe ni gambar kami sekeluarga . pergi bercuti di janda baik satu malam sahaja,. tapi kami seronok sangat. dapat keluar dr town. :D oh terlibat juga mak lang juju yang join ni. sebelom dia kawen bole la bawak dia berjalan sekali kannn..

penginapan kami di MANINJAU CHALET. hehehe tempatnya ok lah. takde complain oleh saya sebab baloi ngan harga. hahahha.. yg best banyak katil dan ada tv kecik untuk kami menonton maharaja lawak mega. :D 



 gamba mandi sungai tak banyak. sbb memasing takut hp jatuh dalam air yang super sejuk!! hahhaha
anak anak belasah je mandi walau sejuk pon.. memula je melalak. pastu ok plak.. bila naik masing masing biru! hahahhaah

the next day kami check out awal. sebab abi nak belanja makan ikan patin di temerloh!! huuu sedapnyeeee.. bila tengok gamba pon rasa terlior. heheheh..

 lepas makan, hari masih awal lagi.. tgk anak anak pon tak penat lagi.. kami singgah plak animal farm di bukit tinggi.. oish raaaamai sangat orang.. tapi bebudak seronok.. ye la kan haiwan kecil kecil itu berkeliaran.. cik kak mia kita siap naik donkey. hahahah





sudahnya sampai umah pukul 4 petang! masing masing pengsan . tapi puas hati walau hanya sehari semalam., belanja pon tak banyak mcm bole pergi tiap bulan je kan. short trip mcm ni.,
Alhamdullilah InsyaAllah rezeki kita dapat dr shaklee kita bole la jalan jalan sikit mcm ni.. hehhehe cuti yang ni abi taja,. next mummy plak ok!


Tuesday, February 4, 2014

Vitalea multivitamin shaklee

 
 
Multivitamin menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Pengambilan multivitamin terbaik membantu menguatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan jangka panjang. 

Memilih multivitamin terbaik menyokong diet harian kerana makanan disekeliling kita dipenuhi makanan yang telah diproses daripada sos, kicap dan makanan segera. Jadi sangat sukar bagi kita untuk mendapatkan 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Vita-lea Shaklee Adalah Multivitamin Terbaik

Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

- 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah 
   kerosakan fungsi imun berpunca daripada 
   radikal bebas
- 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan 
   tulang
- 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan 
   rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
- 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk 
   vitamin A yang lebih biopotent
- 3 kali lebih selenium untuk melindungi 
   paru-paru, kolon dan prostat
- 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong 
   proses pembinaan tulang
- 6 kali lebih boron untuk menyokong 
   kesihatan tulang
- 10 kali lebih Biotin yang menyokong 
   proses pengeluaran tenaga


Kebaikan Multivitamin Vita-Lea Shaklee

Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten  eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.


Siapa Memerlukan Multivitamin

- Individu dewasa yang mementingkan kesihatan jangka panjang
- Individu yang tidak lengkap diet hariannya
- Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
- Remaja yang sedang membesar
- Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
- Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
- Individu yang menopous
- Wanita yang baru bersalin