Saturday, September 5, 2015

cerita cameron highlands 2015

Hai. Salam pagi sabtu, sementara menunggu baju dalam mesin basuh, kita share cerita cuti cuti hari tu di tanah tinggi cameron highlands.

Dah lama teringin tau nak g ch ni. Ni semua gara gara cerita nora elena, ombak rindu dan apa apa cerita yg ada aaron aziz. Hahahah..  lagipon sambil hajat dihati nak bawak mak abah berjalan.

Ok bergerak dari bangi awal pagi sabtu. Kami ikut simpang pulai untuk mendaki..
Maklum la tak biasa, so pilih jalan selamat. Huish jauhhh nye perjalanan. Destinasi pertama lavender farm. Owh memang menggugat betul ngan pelbagai bungai warna warni.
Lepas tu semua dah kelaparan, terus la kami check in. Owh kali ni tak duk hotel.kami duduk appartment ala homestay. Cerita pasal homestay plak kami menyewa di kawasan tanah rata.appartment muslim 3 bilik.

Bila bawa bonda ngan ayahnda harus lah makanan kami hebat. Hahah siap masak gitu.. lepas makan kami rehat rehat feeling feeling sejuk.

Sebenarnya kami tak berapa berjalan sangat kat cameron lebih pada santai dan rehat je. Dah lepas asar keluar semula ke pasar kea. beli buah buahan dan jagung.
Sebab kan pasar malam brinchang sangat ramai org, dan sangat jem kami decide balin rumah sambung masak masak lagi.

Hehhe pagi esok nya baru sambung pergu ke ladang teh sungai palas.
Mak yong mendaki gitu.
Owh kami spend masa agak lama gak kat situ. Chilling with tea, shopping tea .. hehehhe. Lepas tu turun balik sambung shopping di paaar kea. Beli sayur dan stroberi. Tak lupa jagung.
Pergh penuh bonet.

Mintak en asben belanja bunga. Dia kata bunga tak tahan. Cepat layu.. membazir!
Dia ajak pergi kaktus valey.

Hahaha lomentik kan.. dia blanje kaktus pula. Siap dah berbunga kaktus kat umah ni.so tu tempat terakhir kami singgah sebelum check out.. lepas zuhur kami check out dan singgah lagi di air terjun panas tu.

Tak ingat apa nama. Tapi tak dan amik gamba. Hehhehe.

Sorry tak amik bnyk gamba sbb mmg bebetul pergi nak berehat kan.

Tapi rasa tak puas nak bersejuk.
Jom pergi lagi!


No comments:

Post a Comment