Showing posts with label Trimester 1. Show all posts
Showing posts with label Trimester 1. Show all posts

Wednesday, July 29, 2015

20 minggu mengandung (separuh jalan dah)

Bayi anda berukuran lebih kurang 16.5sm dari mercu kepala hingga ke punggung dan dia terus menambah berat badannya. Satu bahan berlemak berwarna putih dan licin yang dipanggil verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ia juga akan memudahkan kelahiran. 

Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerap air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar. 

Berhati-hatilah dalam memastikan anda mendapat zat besi yang mencukupi. Bayi anda memerlukan zat besi di antaranya bagi pembuatan sel-sel darah merah. Sebenarnya, adalah sukar untuk anda mendapatkan terlalu banyak zat besi daripada makanan semata-mata tanpa makan secara berlebihan. Makanan yang kaya dengan zat besi termasuk daging merah tanpa lemak, ikan, kekacang lentil, bayam dan bijirin yang diperkuat dengan zat besi. 
  • Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Laman-laman di bahagian ini bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.
sumber:babycentre.com.my


Alhamdullilah saya dah separuh perjalanan. Dah 20 minggu +- dah. Ni mengandung first bersama shaklee. Dulu masa mengandung adalah zaman paling menyedihkan untuk saya. setiap hari bangun tidur, mesti menangis. sakit badan, kaki krem dan lemau sangat.

Bayangkan dalam seminggu kerja sekurang kurang nya 2 hari saya akan mc. kesian kan.
Bila pergi check up plak, mesti rasa moody, sbb asyik kene marah ngan nurse. HB LOW mesti 6-7 saja bacaan nya. BERAT naik mendadak, DARAH TINGGI lagi.. sebab saya selalu stress.

Tapi Alhamdullilah. kali ni memang sangat dipermudahkan. dari Saat hari pertama buat buku, HB 12.
berat terkawal, Darah tinggi alhamdullilah tiada. sampai tak sabar sabar nak tunggu next check up.

saya memang mengamalkan set mengandung shaklee..
dulu dalam pikiran saya. gila lah nak beli. sebulan abis ratus ratus..

Allahuakbar. tak pon. sebotol boleh tahan up to 6 month ya. tak sampai 50 pon belanja untuk supplement saya sebulan.


berminat nak beli 3 diatas dan percuma vitalea,
sila hubungi saya. insyaAllah saya akan guide sehingga  anda dapat seperti saya dapat.

kesihatan ibu dan bayi yang di kandung adalah sangat penting..

hubungi saya
019 33 33806



Thursday, July 11, 2013

supplement ibu mengandung

Alhamdullilah.. akhir akhir ni ramai kawan kawan mendapat berita gembira tentang kehamilan mereka.. seronok saya dengar.. saya pula? hahaha tunggu la dulu.. Aisyah pon kecil lagi baru nak masuk 9 bulan. hehehhe mungkin 2 tahun lagi? heee tapi rezeki Allah siapa tahu. :D

ada juga kawan yang bertanya saya apa produk shaklee yg boleh mereka makan sewktu mengandung? apa kebaikan nya? saya akan berkongsi tentang produk shaklee untuk TRIMESTER 1 dulu. :D

  1. Vitamin B Complex
  2. Vitamin C
  3. Vitalea with Iron Formula
  4. Ostematrix

Vitamin B Complex

- B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Sustained Release Vitamin C
 - Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vitalea with Iron Formula

 - Vita-Lea adalah multivitamin. Jadi ibu tidak perlu mengambil Obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah Anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung. Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Mengandungi iron formula yang membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.

Ostematrix

 - Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji Ostematrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Bagi sesetengah ibu hamil, ia mampu melawaskan sistem pencernaan dan boleh mngurangkan morning sickness.


Hmm macam mana? Banyak sangat? Budget?
Jangan Risau,hubungi saya , InsyaAllah korang akan lebih gembira dengan harga istimewa dari saya. 

nak juga?
email: diera_n@yahoo.com
sms/whatsapp/wechat:0193333806
shaklee distributor id 889162