tips tingkatkan METABOLISMA
10 Tip Cepatkan metabolisme Badan -info dr web kevin Zahri
- Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar
nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar
pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap
yang optimum.
- Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan
bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang
menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh
dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak,
keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
- Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu.
Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia
memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun
dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya.
Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi
seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
- Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8
jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat.
Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori.
(Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba
kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang
lebih kurang sama setiap hari.
- Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol
di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk
menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang
bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi
adalah contoh yang
baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
- Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme
anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam
persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama
seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik
untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang.
Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah
dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar
matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup
udara yang segar.
- Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight
training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala
satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di
dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate
atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat
berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan
melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot
dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara
yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda
sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
- C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting.
Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan
metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C
membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
- Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang
pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di
dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda
memakannya.
- Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau
dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar
metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat
kesannya.
No comments:
Post a Comment