Monday, September 9, 2013

Kencing Emas!!

Hahahaha.. seorang pengguna B COMPLEX memberitahu saya.. "sejak makan b complex ni, bila buang air kecil rasa mcm orang kaya! sebab warnanya pekat seperti emas!!, tapi elok kah warna kencing begitu?"

heheh jawapan saya mudah saja..  "sepanjang hari ka atau sekali dua sahaja? kalo sepanjang hari maksudnya awak kurang minum air.. kalo sekali dua itu memang ia akan berlaku sebab pengambilan b complex"


kenal tak apa maksud bahan buangan kecil korang tu? heheheh n kenapa dengan pengambilan b complex, warna urin akan jadi emas?

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Warna kuning pada vitamin B Complex ialah disebabkan vitamin B2 atau digelar Riboflavin. Berikut, definisi yang di petik dari Wikipedia

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut. Jadi, anda tak perlu risau lagi ye jika anda lihat urin tiba- tiba bertukar menjadi kuning...Apa yang anda perlu lakukan hanyalah minum air kosong dengan lebih banyak 

The name "riboflavin" comes from "ribose" (the sugar whose reduced form, ribitol, forms part of its structure) and "flavin", the ring-moiety which imparts the yellow color to the oxidized molecule (from Latin flavus, "yellow"). The reduced form, which occurs in metabolism along with the oxidized form, is colorless.*

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Riboflavin

Memandangkan Vitamin B Complex ialah vitamin larut air, molekul yang berlebihan dan tidak diperlukan akan disalur keluar melalui air kencing. Jika kekurangan air, urine anda akan kelihatan kuning pekat disebabkan riboflavin tadi. Jadi, selepas mengambil B Complex, pastikan pengambilan air kosong yang banyak. InsyaAllah, warna urine akan menjadi normal kembali.


No comments:

Post a Comment